MOTOSIKAL MENANTI PESERTA LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA
DUYONG 12 November – Motosikal, barangan elektrik dan perkakas rumah antara hadiah cabutan bertuah menanti peserta Larian Budaya ‘Antarabangsa’ Duyong Kita edisi tahun ini dijadualkan pada 22 Disember depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, bagi penganjuran kali ini pihaknya menyasarkan lebih 5,500 penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Katanya, bertemakan ‘superhero’ larian kali ini sudah pasti memberikan lebih keseronokan dan kemeriahan termasuk hadiah cabutan bertuah amat menarik yang disediakan.
“Konsep penganjuran sama seperti tahun lalu dan pastinya sesi cabutan bertuah turut dinantikan oleh peserta larian. Setakat ini sudah ada tajaan tiga buah motosikal untuk dibawa pulang oleh peserta bertuah selain pelbagai lagi barangan elektrik, perkakas rumah dan juga basikal.
“Namun begitu kami masih mencari penajaan kerana kami bercadang untuk menyediakan lebih 100 hadiah cabutan bertuah untuk peserta mengambil bahagian,” katanya.
Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, pendaftaran masih dibuka dan tarikh tutup penyertaan akan dimaklumkan kelak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA INSTITUSI TVET TERJEJAS BANJIR SEGERA DIBAIKI – AHMAD ZAHID
DURIAN TUNGGAL 4 Disember - Tiga institusi pengajian yang menawarkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terjejas banjir...
SASAR 3,000 SERTAI JELITA SETIAP TAHUN – TPM
DURIAN TUNGGAL 4 Disember - Program Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement (JELITA) menyasarkan sekurang-kurangnya 3,000 peserta pada...
DI MANA NIVESHINI?
JASIN 4 Disember - Polis Jasin memohon bantuan orang ramai untuk mengesan R Niveshini, 21, yang dipercayai hilang sejak petang...
AB RAUF SAMPAIKAN SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA CALON SPM MAUT DI MERLIMAU
JASIN 4 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyampaikan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Adib Irfan...
KKDW SEDIA RUMAH BAHARU, BAIK PULIH KEDIAMAN DI DESA TERJEJAS BANJIR – TPM AHMAD ZAHID
PUTRAJAYA, 4 Dis - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menyediakan rumah baharu atau membaik pulih kediaman di kawasan...
CALON SPM SMK DANG ANUM MAUT DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH
MERLIMAU 4 Disember - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Jalan Kilang Berapi, Merlimau,...