120 PELAJAR DARI ENAM NEGARA MERIAHKAN PROGRAM SILANG BUDAYA INSWA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KOTA LAKSAMANA 12 November – Institut Warisan Melaka (INSWA) dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melaksanakan Program Silang Budaya sempena Festival Kesenian ASEAN ke-7 pada 7 November lepas.

Pengurus Besar INSWA Drs. Mohd Nasruddin Rahman berkata, peserta antarabangsa membabitkan 120 pelajar dari Thailand, Kemboja, Filipina, Myanmar, Brunei, Korea Selatan dan Indonesia.

Katanya, peserta didedahkan dengan pelbagai budaya di Malaysia dalam program yang berlangsung di Balai Adat, Perkampungan Hang Tuah, Duyong.

“Antara pengisian program adalah bengkel tarian, demonstrasi permainan tradisional, lawatan ke Muzium Hang Tuah dan persembahan Kebudayaan di Menara Taming Sari, Banda Hilir.

“Objektif program tersebut adalah membina jaringan kerjasama dengan peserta luar negara demi kelestarian budaya di Melaka. Kita juga menggunakan kesempatan yang ada untuk berkongsi keunikan budaya negeri ini ke peringkat ASEAN khusus untuk budaya yang bersifat ‘intagible’ seperti Dondang Sayang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Drs. Mohd Nasruddin berkata pihaknya berharap program seumpama itu boleh diperluaskan lagi bagi menarik lebih ramai pelajar luar negara atau pelancong untuk mempelajari ilmu budaya dalam negara.

“Kita di Malaysia ini kaya dengan budaya yang pelbagai, program ini salah satu platform untuk kita perkenalkan kepada mereka pelajar luar negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

71
Kongsi :
Previous post 1,181 PELAJAR SERTAI PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT KEBANGSAAN
Next post BOLEH PANGGIL SAYA ‘ACIK ZUL’
Ubah saiz-+=