
PESARA MAUT, MOTOSIKAL TERBABAS DIPERCAYAI AKIBAT SERANGAN JANTUNG
PAYA RUMPUT 11 November – Seorang pesara tentera maut dipercayai terkena serangan jantung sebelum motosikal ditunggangnya terbabas ke bahu jalan dalam kemalangan di Jalan Air Hitam, Tanjung Minyak, di sini malam tadi.
Dalam kejadian pada jam 10.30 malam itu, Jaludin Ahmad, 58 disahkan maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Bertam Hulu menghala ke Tanjung Minyak.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai terkena serangan jantung.
“Susulan itu, motosikal ditunggang mangsa terbabas ke bahu jalan dan akibat kemalangan mangsa mengalami parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...