Sorting by

×

PELANCONGAN MELAKA-SINGAPURA SEMAKIN RANCAK

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BATU BERENDAM 9 November – Penerbangan syarikat tambang rendah milik Singapore Airlines, Scoot Private Limited (Scoot) ke Melaka terbukti berjaya merancakkan sektor pelancongan kedua-dua negara.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, sejak memulakan penerbangan sulungnya ke Melaka 23 Oktober lalu hingga hari ini, sejumlah 2,181 penumpang telah direkodkan menaiki pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).

Menurut beliau, ia merangkumi seramai 946 penumpang pada 23 hingga 31 Oktober, manakala 1 hingga 9 November, jumlah itu melonjak kepada 1,235 orang.

“Mengikut pecahan, seramai 1,021 penumpang dari Singapura ke Melaka, manakala penumpang dari Melaka ke Singapura pula adalah seramai 1,160 orang.

“Ia sekali gus menjadi petunjuk positif sektor pelancongan kedua-dua negara semakin rancak menerusi penerbangan ini,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyambut ketibaan 90 pelancong dari Singapura yang tiba ke Melaka menerusi penerbangan Scoot di LTAM, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman dan lain-lain kenamaan.

Ketibaan pelancong-pelancong itu turut disambut meriah menerusi paluan kompang daripada artis kebudayaan Briged Seni Melaka dan MBMB.

Selain itu, sambutan turut diberikan kepada 97 penumpang yang akan berlepas ke Singapura dengan menaiki pesawat yang sama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3037
Kongsi :
Previous post KETUA MENTERI BERLEPAS KE SINGAPURA DENGAN PENERBANGAN SCOOT
Next post PIALA MALAYSIA: MELAKA FC SEDIA BERI TENTANGAN
Ubah saiz-+=