PROJEK TAMBAKAN PANTAI PUTERI TUNJUK PERKEMBANGAN

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

PANTAI PUTERI 10 November – Projek tambakan di Pantai Puteri bagi menangani masalah hakisan di persisir pantai peranginan itu kini dalam proses lantikan kontraktor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Tuminah Kadi @Mohd Hashim, berkata, berdasarkan perkembangan semasa itu, beliau amat berharap kerja-kerja tambakan dapat disegerakan, sekali gus menyelesaikan masalah yang membelenggu nelayan sejak sekian lama.

“Sudah lama berlarutan, bukan sahaja komuniti nelayan, saya juga berasa kurang selesa dengan perkembangan ini. Pendapatan harian nelayan terjejas, apabila berlaku air pasang besar bot mereka berisiko dihanyutkan.

“Pada September kita sudah mengadakan lawatan tapak dan sekarang ini dalam proses lantikan kontraktor, oleh itu saya amat berharap projek dapat dilaksanakan dengan kadar segera.

“Memandangkan hakisan terlalu teruk kita tidak boleh lagi hendak pilih-pilih (kawasan tambakan) dan tambakan perlu dibuat semua,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tuminah yang juga Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata, masalah hakisan di pesisir Pantai Puteri hanya akan dapat diatasi apabila tambakan dan benteng penahan ombak dibina.

“Alternatif pada waktu ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meletakkan ‘sandbag’ walaupun ia tidak dapat menangani sepenuhnya isu hakisan yang berlaku khususnya ketika perubahan angin dan fenomena air pasang besar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

753
Kongsi :
Previous post ATLET TAEKWANDO TERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA UTEM
Next post YOGYAKARTA JADI INSPIRASI MELAKA BINA KOMPLEKS WARISAN JAWA
Ubah saiz-+=