Sorting by

×

PUTRA SPECIALIST HOSPITAL TAWAR PAKEJ MENARIK SEMPENA WTD 2025

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDARAYA MELAKA 9 November – Putra Specialist Hospital (PSH) bakal menawarkan pakej menarik bagi sektor pelancongan kesihatan sempena World Tourism Day (WTD) 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif PSH, Mohd Zahiruddin Ahmad berkata, penganjuran WTD 2025 adalah masa terbaik untuk mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan kesihatan menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia.

“Insya-Allah kami akan menawarkan pakej-pakej kesihatan bersesuaian dengan penganjuran WTD 2025. Kami di PSH turut membantu Melaka dalam mengembangkan lagi sektor pelancongan kesihatan apabila 30 peratus daripada keseluruhan pesakit kami ada mereka yang datang dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Apresiasi dan Penyampaian Pensijilan Penuh Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) Edisi Ke-6 di PSH, semalam.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Mohd Zahiruddin berkata, dalam usaha memperkukuhkan lagi kedudukan sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan, pihaknya baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama dua agensi dari Indonesia.

“Agensi ini mewakili ejen-ejen pelancongan yang mempromosikan akan pakej tiga hari dua malam ditawarkan PSH khusus untuk pelancong dari Indonesia bercadang mahu melakukan saringan kesihatan.

“Kami amat berterima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang menyusun pelbagai program dan acara di Melaka dari awal hingga hujung tahun. Cetusan idea Ketua Menteri memberi manfaat kepada pemain industri dan memudahkan kami menarik pelancong kesihatan,” katanya.

Terdahulu PSH menerima Pensijilan Penuh Akreditasi MSQH bagi tempoh empat tahun berkuat kuasa 30 Julai 2024 hingga 29 Julai 2028.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

94
Kongsi :
Previous post PIALA MALAYSIA: MELAKA FC SEDIA BERI TENTANGAN
Next post BANK PEMBANGUNAN KONGSI KEMERIAHAN DEEPAVALI
Ubah saiz-+=