BANK PEMBANGUNAN KONGSI KEMERIAHAN DEEPAVALI

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 9 November – Atas semangat mahu berkongsi kegembiraan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) turun padang bagi menyantuni dan meraikan seramai 33 penghuni Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia, Kampung Tengkera Pantai Dua, 5 November lalu.

Ketua Pegawai Sumber Manusia BPMB Sainursalwa Sani berkata, inisiatif itu adalah antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan pihaknya dalam memberikan keceriaan selain meringankan beban golongan kurang bernasib baik di negara ini.

Katanya, apa yang menarik program yang diatur turut disertai ahli lembaga pengarah, pegawai kanan dan juga kakitangan BPMB yang datang ke Melaka untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Deepavali di Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia.

Whatsapp Image 2024 11 05 At 7.01.12 Pm
PERSEMBAHAN tarian daripada penghuni Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia.

“Kami berpegang kepada semangat berkongsi kegembiraan bersama golongan kurang bernasib baik terutama setiap kali tibanya musim perayaan. Pada kunjungan ini kami juga menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 bagi menyokong aktiviti dan membiayai keperluan penghuni di sini.

“Apa yang diharapkan sumbangan kecil kami membawa makna besar kepada penerima, berkongsi kegembiraan mampu mengeratkan hubungan organisasi kami dengan komuniti.

“Keseimbangan sosial dan perkembangan ekonomi adalah misi utama kami yang sebenarnya turut memainkan peranan dalam pembangunan negara,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Program itu turut dimeriahkan dengan persembahan tarian daripada penghuni Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia dan jamuan dengan menu bertemakan perayaan Deepavali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

57
Kongsi :
Previous post PUTRA SPECIALIST HOSPITAL TAWAR PAKEJ MENARIK SEMPENA WTD 2025
Next post MELAKA-YOGYAKARTA JALIN KERJASAMA PENDIDIKAN, KEAGAMAAN
Ubah saiz-+=