Sorting by

×

JAPERUN TABOH NANING TERIMA RUMAH TRANSIT

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

TABOH NANING 8 November – Mangsa bencana atau mereka dalam kepayahan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, kini boleh memohon untuk berteduh di Rumah Transit yang diuruskan oleh pihak Japerun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, kemudahan itu menjadikan pihaknya lebih bersedia untuk mengendalikan mangsa bencana seperti ribut dan banjir atau mana-mana penduduk di DUN berkenaan yang kehilangan tempat tinggal bagi kes kecemasan lain.

“Selepas ini penduduk dalam DUN Taboh Naning yang hilang tempat berteduh akibat bencana atau kecemasan lain tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan rumah sementara.

“Penduduk yang terjejas boleh membuat permohonan kepada pihak Japerun untuk berteduh di Rumah Transit yang baru sahaja kita terima,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Transit Taboh Naning di Japerun Taboh Naning, di sini, semalam.

Whatsapp Image 2024 11 07 At 6.57.19 Pm

Terdahulu Zulkiflee yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, menerima kunci Rumah Transit berkenaan yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Datuk TPr. Murad Husin.

Sementara itu mengulas mengenai perkembangan cuaca semasa terutama peralihan Monsun Timur Laut (MTL), Zulkiflee berkata Kerajaan Negeri sudah mengambil beberapa langkah susulan bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana banjir.

“Contoh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sudah diminta untuk melakukan pembersihan sungai selain sistem perparitan seluruh Melaka sebagai persediaan untuk mengurangkan risiko banjir,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

109
Kongsi :
Previous post SAKSIKAN ‘SUPERHERO’ BERLARI 22 DISEMBER INI
Next post PROGRAM E-SUKAN KEM, BANTU PERKASA PENDIDIKAN ANAK TENTERA
Ubah saiz-+=