PROGRAM E-SUKAN KEM, BANTU PERKASA PENDIDIKAN ANAK TENTERA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SUNGAI UDANG 8 November – Program sukan elektronik (e-sukan) diperluaskan ke sekolah dalam kem bagi memperkasa pendidikan anak-anak tentera.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata program seumpama itu turut meningkatkan kelestarian Warga Kerja Pertahanan (WKP) dengan memfokuskan kebajikan pendidikan anak-anak.

Jelasnya Sesain itu, aktiviti berkenaan juga mampu memupuk bakat dan minat dalam bidang e-Sukan yang semakin berkembang pesat.

“Setakat ini kita ada dua sekolah dalam kem iaitu di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak dan Kem Terendak, Melaka.

“Harapan kita program e-sukan ini dapat ditingkatkan lagi menerusi kerjasama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sekali gus memberi peluang kepada pelajar sekolah dalam kem untuk mempamerkan kebolehan.

“Sesuai dengan kertas putih pertahanan untuk meningkatkan hubungan tentera dan awam, selain pada masa sama memastikan kelestarian dalam kalangan anggota pertahanan,” katanya selepas merasmikan Pertandingan E-Sukan Sekolah Dalam Kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak, semalam.

Whatsapp Image 2024 11 07 At 4.48.43 Pm
ADLY ketika berucap merasmikan Pertandingan E-Sukan Sekolah Dalam Kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak.

Program berlangsung selama dua hari bermula Rabu melibatkan penyertaan seramai 128 pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4.

Semua peserta dibahagikan kepada empat kumpulan bagi merebut gelaran juara dalam permainan Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

44
Kongsi :
Previous post JAPERUN TABOH NANING TERIMA RUMAH TRANSIT
Next post PELAJAR SMK KRUBONG KREATIF HASILKAN SENSOR AMARAN BANJIR
Ubah saiz-+=