22 PATI DICEKUP TINGGAL LEBIH MASA, LANGGAR SYARAT PAS

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 7 November – Seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup atas pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan dijalankan penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menerusi Op Mahir di sebuah gudang menyimpan, memproses dan mengedarkan makanan di Pulau Gadong, semalam.

Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, gudang berkenaan disyaki beroperasi tanpa lesen yang sah, sementara itu hasil pemeriksaan secara menyeluruh juga mendapati premis sama dipercayai menggaji pekerja dalam kalangan PATI.

Menurutnya, siasatan awal dijalankan mendapati gudang berkenaan menggunakan khidmat ejen pekerja asing untuk membekalkan tenaga kerja.

“Susulan pemeriksaan 22 PATI berusia lingkungan 20 hingga 35 ditahan selepas disyaki tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas yang dikeluarkan.

“Selain itu kai turut mengeluarkan dua Borang 29 (Saman Kepada Saksi) terhadap seorang lelaki tempatan yang juga pengurus dan kerani wanita bagi membantu siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Anirwan Fauzee berkata, kesemua PATI berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Sementara itu katanya, dalam serbuan berasingan menerusi Op Selera dan Op Jaja sekitar daerah Melaka Tengah, JIM Melaka menahan 11 lelaki warga asing selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri serta melanggar syarat pas dikeluarkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

231
Kongsi :
Previous post TEATER MUZIKAL MANEK SULAMKAN SI-AYER MATA PADA 22 DAN 23 NOVEMBER INI
Next post KONVOKESYEN UTEM KALI KE-20 BUKA TIRAI
Ubah saiz-+=