
JEJANTAS MELAKA SENTRAL IKON BAHARU PELANCONGAN
AYER KEROH 7 November – Kerja naik taraf jejantas Melaka Sentral yang bakal menjadi ikon baharu pelancongan Melaka sudah di peringkat akhir pembinaan.
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, kerja-kerja naik taraf jejantas yang berkonsepkan seakan Pintasan Saloma itu berjalan seperti yang dijadualkan.
“Untuk kerja-kerja di tapak ia sudah mencapai lebih 70 peratus termasuklah pemasangan bumbung jejantas itu.
“Dengan pelaksanaan projek semasa kerja naik taraf ini, kita jangka ia akan selesai dan siap pada awal Disember sebelum dapat dibuka kepada orang ramai,” katanya.
Menurut Shadan, buat masa ini nama baharu jejantas tersebut belum diputuskan dan hanya akan diketahui selepas mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
“Jejantas gabungan pejalan kaki dan pengayuh basikal ini bukan sahaja laluan jalan biasa tetapi juga akan menjadi mercu tanda selain ia adalah penghormatan kepada sejarah Melaka serta menjadi simbol warisan budaya bandar yang kekal,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...