Sorting by

×

Bantuan khas minima RM1,000 buat penjawat awam Melaka

Masa Membaca:33 Saat

AYER KEROH 9 Dis. – Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minima RM1,000 buat semua penjawat negeri ini, diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, sebentar tadi.

Katanya, insentif terbabit akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada Disember ini dan Januari depan.

Katanya, insentif yang ditawarkan itu sebagai kesetiaan golongan terbabit menerusi Tonggak 5K iaitu, Komunikasi; Kolaborasi; Koordinasi; Kompetensi dan Kongsi Matlamat Bersama yang menjadi pegangan penjawat awam di Melaka.

“Bagi memperhebat kecekapan itu, kerajaan negeri memberi peruntukan tersebut sebagai penghargaan buat golongan ini,” katanya dalam ucapan membentangkan Belanjawan Negeri Melaka 2021 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, hari ini.

Views:

473
Kongsi :
Previous post Bantuan RM100 untuk pegawai syarak Melaka
Next post Melaka cadang bina lapangan terbang baharu
Ubah saiz-+=