LINNAS LAHIRKAN ASNAF BERKEMAHIRAN 

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 5 November – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menjalinkan kerjasama strategik bersama beberapa agensi dan institusi latihan dalam melahirkan asnaf yang berkemahiran menerusi inisiatif Latihan Insan Asnaf (LINNAS).

Mengulas lanjut berhubung usaha itu, Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, LINNAS adalah penjenamaan semula daripada inisiatif dianjurkan oleh MAIM khusus untuk golongan asnaf.

Katanya, penjenamaan semula menggunakan singkatan LINNAS bertepatan dengan maksudnya iaitu ‘Untuk Manusia’ kerana inisiatif itu menfokuskan kepada kemahiran bersesuaian dengan keperluan modal insan masa kini.

“Bagi menjayakan LINNAS ini, MAIM turut menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi, institusi latihan dan perunding cara, ia bagi memastikan asnaf memperoleh tunjuk ajar daripada tenaga pengajar berpengalaman.

“Tahun ini asnaf terpilih mengikuti LINNAS diberikan peluang mempelajari kemahiran urutan wanita, masakan dan jahitan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, dengan kemahiran yang diperoleh ketika mengikuti LINNAS ia diharap membuka ruang buat kaum wanita khususnya menjana pendapatan tambahan.

“Pihak MAIM berharap, pada akhir kursus yang diadakan, peserta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari.

“Mereka boleh menambah pendapatan keluarga dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari sama ada bekerja dengan entiti perniagaan atau membuka perniagaan sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

303
Kongsi :
Previous post GRADUAN UTEM NIKMATI GAJI PREMIUM
Next post BUKIT BESAR JADI ‘PORT HIKING’ BARU
Ubah saiz-+=