Sorting by

×

Bantuan khas setengah bulan gaji buat penjawat awam Melaka

Masa Membaca:30 Saat

AYER KEROH 9 Dis. – Semua penjawat awam di negeri ini bakal menerima bantuan khas setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, jumlah itu akan dibayar bermula Disember ini.

“Bagi menghargai khidmat lelah, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas kepada semua penjawat awam Melaka yang akan dibayar pada Disember 2020 berjumlah setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

“Bantuan akan dibayar dua kali iaitu pada Disember dan Januari 2021,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Melaka 2021 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, sebentar tadi.

Views:

1191
Kongsi :
Previous post KM umum bantuan RM2,000 untuk nelayan
Next post Bantuan RM100 untuk pegawai syarak Melaka
Ubah saiz-+=