MICT DIJANGKA BEROPERASI JUN 2025

Masa Membaca:58 Saat

BANDARAYA MELAKA 4 November – Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka dijangka memulakan operasi pada Jun tahun hadapan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Berkongsi perkembangan terkini pembinaan MITC, Ketua Menteri berkata kemajuan kemudahan untuk kapal persiaran  antarabangsa itu kini sudah mencapai 50 peratus.

“Mengikut terma kontrak yang telah diberikan ia mesti disiapkan pada hujung tahun ini, bagaimanapun disebabkan beberapa faktor teknikal MICT akan disiapkan menjelang Jun tahun hadapan.

“Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) yang memberikan tumpuan kepada industri pengangkutan laut ini dan insya-Allah, Melaka bakal menjadi sebuah negeri industri maritim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa 1st Melaka International Maritime Conference (MIMEC2024) diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi TAG Marine Sdn Bhd, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Linggi International Port (KLIP), Tan Sri Dr. Noormustafa Kamal Yahya serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

807
Kongsi :
Previous post MELAKA BAKAL PERKENAL IKON BAZAR RAMADAN BAHARU
Next post KESIDANG VARIETI PADI BAHARU KAWASAN LUAR JELAPANG
Ubah saiz-+=