KES MENURUN, TETAPI KERUGIAN AKIBAT JENAYAH SIBER MENINGKAT

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 4 November – Statistik dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka menunjukkan laporan berhubung jenayah siber di negeri ini bagi Januari hingga Oktober lalu menurun kepada 850 kes sahaja berbanding 1,162 direkodkan sepanjang tempoh sama pada 2023.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, bagaimanapun perkembangan itu masih dianggap serius berikutan nilai kerugian meningkat kepada RM30.7 juta berbanding RM25.16 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata, berdasarkan kepada statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) isu jenayah siber di Negeri Melaka dianggap sebagai serius, perlu diberikan perhatian dan ditangani secara tuntas.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri komited untuk mengekang isu ini daripada terus memberikan impak negatif kepada rakyat Melaka, sekali gus mengelakkan lebih ramai lagi daripada menjadi mangsa jenayah siber.

“Kita harap masyarakat lebih celik dan tidak cenderung berkongsi kehidupan peribadi secara terbuka di ruang siber, tanpa disedari perbuatan ini membuka peluang kepada pencerobohan privasi, kecurian maklumat peribadi, serangan malware (perisian hasad), penggodaman serta jenayah siber.

“Perkara ini akan terus berulang sekiranya aspek keselamatan siber masih tidak dipandang serius,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Keselamatan Siber Negeri Melaka di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem serta Ketua Jabatan Teknologi Maklumat Jabatan Ketua Menteri (ICT) negeri, Fauzi Elham

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

82
Kongsi :
Previous post KUAM 2024: TARIK MINAT ANAK MUDA SERTAI TENTERA
Next post MELAKA AGRESIF LAKSANA KEMPEN CEGAH JENAYAH SIBER
Ubah saiz-+=