BELIA TANJUNG BIDARA MATANG DALAM SUKAN

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TANJUNG BIDARA 4 November – Kesepakatan dan semangat kesukanan ditunjukkan anak muda Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, mendapat perhatian serta pujian daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Katanya, sikap matang dan semangat setiakawan itu dapat dilihat dalam kalangan anak muda mengambil bahagian dalam perlawanan bola sepak Sukan Melaka Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, bagi merebut Piala Ketua Menteri Melaka.

Terdahulu Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, meluangkan masa bagi menyaksikan aksi final antara pasukan Pasir Gembur dan Padang Kemunting berlangsung di Padang Sri Jeram, Masjid Tanah, semalam.

“Syabas dan tahniah kepada pasukan bola sepak Pasir Gembur yang menjuarai Piala Ketua Menteri Melaka kali ini dengan keputusan 2-0 menewaskan Padang Kemunting. Saya turut menyaksikan perlawanan tempat ke-3 dan ke-4 di antara Idaman Jaya dan Balik Batu.

“Menang kalah adat pertandingan apa yang penting semangat kesukanan ditunjukkan semua, itu lebih bermakna. Tahniah buat anak-anak muda Tanjung Bidara,” kata Ketua Menteri mengerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Perlawanan bola sepak Sukan Melaka DUN Tanjung Bidara, bagi merebut Piala Ketua Menteri Melaka, membabitkan lapan pasukan dan dijalankan secara format karnival bermula Sabtu.

Secara keseluruhan penganjuran itu membabitkan lebih 100 pemain, pegawai dan jurulatih mewakili belia sekitar DUN Tanjung Bidara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

97
Kongsi :
Previous post TANAH RUNTUH DI PANDAN INDAH: SEBUAH KERETA TERJATUH TEBING
Next post LHDN TIDAK PERNAH HANTAR PAUTAN STATUS BAYARAN BALIK MELALUI PORTAL MYTAX
Ubah saiz-+=