KUAM 2024 CIPTA MEMORI INDAH DATUK DAN CUCU

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BATU BERENDAM 3 November – Kasih sayang seorang datuk kepada cucu menjadi antara momen indah mewarnai penganjuran Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2024 (KUAM 2024).

Zainol Kamil, 64, sanggup meredah lautan manusia dalam keadaan cuaca panas terik untuk membawa cucunya melihat secara lebih dekat pelbagai aset pesawat dan aksi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam, di sini.

Menurut bekas pesara tentera itu, walaupun cucu-cucunya masih kecil namun pendedahan mengenai aset-aset ketenteraan negara perlu diketengahkan.

“Sudah tentu cucu saya teruja dan gembira melihat aset negara terutama ketika persembahan udara dengan bunyi deruman enjinnya.

“Bagi saya karnival ini sangat bagus kerana secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu pengetahuan terhadap generasi masa kini.

“Ia secara tidak langsung menaikkan nama Melaka sebagai destinasi untuk dilawati pelancong,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu berharap generasi muda hari ini dapat mengenali dan berbangga dengan aset-aset dimiliki tentera Malaysia.

“Kita perlu tunjukkan kepada anak-anak atau generasi akan datang apa aset yang kita ada supaya mereka berasa bangga.

“Saya juga pernah menjadi tentera seawal usia 21 tahun, jadi tidak salah mereka ini diberikan ilmu pengetahuan sejak kecil lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1222
Kongsi :
Previous post BOLA BALING: MELAKA AKHIRI KEMARAU LEBIH 20 TAHUN
Next post LEBIH 10,000 MERIAHKAN MELAKA BILA LARUT MALAM EDISI NOVEMBER
Ubah saiz-+=