MELAKA ‘RAJA’ BOLA BALING BAWAH 20 TAHUN

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

PAYA RUMPUT 3 November – Pasukan lelaki Melaka mencipta sensasi apabila muncul johan Kejohanan Bola Baling Bawah 20 Tahun Kebangsaan, hari ini.

Pada aksi final di Kompleks Sukan Komuniti Krubong, di sini, tuan rumah Melaka bangkit daripada ketinggalan pada saat-saar akhir sebelum berjaya menewaskan Pahang 42-41.

Selaku johan, pasukan lelaki Melaka membawa pulang trofi, medal dan wang tunai RM1,500, manakala Pahang selaku naib johan meraih medal, piala iringan dan wang tunai RM750.

Tempat ketiga kategori lelaki pula dimenangi pasukan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Img 20241103 135136
PEMAIN terbaik lelaki dan perempuan bawah 20 tahun.

Lebih manis, pemain Melaka, Muhammad Azariefan Mohd Razali turut dinobat pemain terbaik kategori lelaki dalam kejohanan itu, manakala pemain terbaik kategori perempuan dimenangi Laila Mazni Sanin dari Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, kategori perempuan pula menyaksikan pasukan Wilayah Persekutuan muncul johan dengan menewaskan Selangor 25-23 dalam perlawanan akhir pagi tadi.

Tempat ketiga pula dikongsi bersama pasukan Johor dan Melaka.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Baling Bawah 20 Tahun Kebangsaan telah disempurnakan Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad.

Hadir sama, Presiden Persatuan Bola Baling Melaka, Mohd Azahari Bahrom; Naib Pengerusi Persatuan Bola Baling Melaka, Zulkiflee Sahak dan Peong Poh Boon serta Setiausaha Eksekutif MAHF, Noraini Kasim.

Terdahulu, kejohanan selama lima hari yang bermula 30 Oktober lalu disertai tujuh pasukan iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kedah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

422
Kongsi :
Previous post REMAJA MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK: OPERASI BAS EKSPRES DIGANTUNG
Next post HARI TERAKHIR KUAM 2024 ‘LUAR BIASA’
Ubah saiz-+=