KURANGKAN KESESAKAN DI PEKAN KUALA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 3 November – Kemudahan lampu isyarat di persimpangan berhampiran Pasar Awam Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah dijangka dapat mengurangkan lagi kesesakan kerap berlaku di laluan berkenaan sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah berkata, selain memasang lampu isyarat, kerja naik taraf di persimpangan itu turut membabitkan pelebaran jalan.

Katanya, kerja naik taraf itu perlu dilaksanakan sekarang kerana Kuala Linggi adalah antara pintu masuk utama bagi kawasan Melaka Utara selain menyediakan fasiliti berkualiti bagi menyokong pelbagai pembangunan bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

“Inisiatif dilaksanakan adalah sebahagian daripada pelan penyuraian trafik,kerana laluan ini juga sibuk ketika hari biasa bukan pada musim cuti atau hujung minggu sahaja.

“Lampu isyarat dan pelebaran jalan ini akan memendekkan lagi tempoh menunggu pengguna jalan raya terutama ketika berlaku kesesakan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Rosli yang juga Timbalan Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka atas kerja naik taraf yang dilaksanakan.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer kerana banyak membantu dalam Hal ini.

“Insya-Allah lampu isyarat di persimpangan ini akan mula beroperasi tidak lama lagi, semoga inisiatif dilaksanakan memberikan manfaat kepada semua pihak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3504
Kongsi :
Previous post PELAJAR TINGKATAN 1 MAUT DIREMPUH KERETA KETIKA LINTAS JALAN
Next post REMAJA MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK: OPERASI BAS EKSPRES DIGANTUNG
Ubah saiz-+=