MELAKA RIVER CRUISE GAMIT 740,000 PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 31 Oktober – Melaka River Cruise merekodkan lebih 740,000 pengunjung sejak Januari hingga awal Oktober tahun ini.
Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Perpadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Khairunnisa Ibno Masooda berkata, jumlah itu sekali gus semakin menghampiri sasaran sejuta pengunjung yang ditetapkan.
Menurut beliau, peningkatan pengunjung itu antara lain disumbangkan menerusi penganjuran pelbagai acara sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
“Kita berbaki lebih dua bulan, insya-Allah sasaran itu mampu dicapai, bahkan melebihi jumlah yang ditetapkan.
“Memandangkan Melaka diwarnai pelbagai acara, Melaka River Cruise telah bersedia menerima kebanjiran pelancong terutama pada hujung tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika bersiaran di Podcast Mana Lagi Melaka Ler di Studio Melaka TV, baru-baru ini.
Tambah Khairunnisa, Melaka River Cruise akan terus menjadi produk ikon pelancongan Negeri Melaka dengan memperkenalkan pakej terbaharu antaranya menaiki bot dan singgah ke Taman Sungai Melaka yang menyajikan pelbagai tarikan buat orang ramai.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA AKAN PERKENAL JALAN ‘BYPASS’ KE BANDA HILIR
AYER KEROH 24 November - Satu laluan 'bypass' baharu akan diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi memudahkan akses orang ramai ke Banda...
MANGSA BANJIR DI MELAKA TENGAH MENURUN MALAM INI
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada...
LANDASAN MONOREL MELAKA BAKAL BERUBAH WAJAH
AYER KEROH 23 November - Trek monorel di Jalan Tun Ali yang dicadangkan untuk menjadi produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan...
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...
AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Oleh: Dr. Azri Fikry Doktor Pakar Kanak-kanak, Clinic Suite 3.28, Putra Specialist Hospital Melaka STATISTIK yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan...
PARAMEDIK KOMUNITI DIPERLUAS KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT
SUNGAI RAMBAI 23 November - Sukarelawan Paramedik Komuniti fasa kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai akan diperluaskan...