MAIM RAI 20 ‘SAUDARA BAHARU’

Masa Membaca:58 Saat

BANDARAYA MELAKA 30 Oktober – Seramai 20 saudara muslim baharu atau mualaf dirai dalam Kursus Imtiyaz Asas Kefahaman Islam Siri 4 di Surau Kompleks Darul Huda Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) baru-baru ini.

Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Nasir Wahab berkata, kesemua perserta (mualaf baharu) dirai, selain turut menerima perkongsian ilmu wajib berkaitan asas fardu ain.

Katanya, peserta turut diterapkan dengan keyakinan dan kefahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk menjadi penghayatan seharian dalam diri mereka.

“Objektif kursus ini penting, di mana mualaf ini bukan sahaja dirai malah diberikan pendedahan mengenai perkara penting yang perlu diambil cakna.

“Selain itu, ia dapat menanamkan kesedaran dan kepentingan terhadap golongan mualaf baharu memeluk Islam bagi mempersiapkan bekalan ilmu fardu ain dan fardu kifayah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Nasir berkata kursus itu menjadi kaedah bagi menjalinkan hubungan persaudaraan antara mualaf baharu dengan kakitangan dan skuad sukarelawan Balai Islam MAIM.

“Kursus ini menjadi medium bagi menjalinkan hubungan persaudaraan antara mualaf baharu tersebut dengan Skuad Sukarelawan Balai Islam mengikut kawasan yang telah ditentukan seperti mana konsep persaudaraan kelompok Muhajirin dan Ansar pada zaman Rasulullah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

273
Kongsi :
Previous post KUAM 2024 BUKA TIRAI ESOK
Next post MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN BOLA BALING KEBANGSAAN
Ubah saiz-+=