Sorting by

×

Pelitup muka, ‘hand sanitizer’ percuma kepada pelajar di Melaka

Masa Membaca:26 Saat

AYER KEROH 9 Dis. – Kesemua pelajar di negeri ini bakal menerima pelitup muka dan ‘hand sanitizer’ percuma pada tahun hadapan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, pemberian secara percuma itu tidak mengira pelajar dari sekolah aliran mana sekali pun, khusus bagi membantu anak-anak yang bakal bersekolah pada tahun depan.

Jelasnya, pemberian itu bakal melibatkan peruntukan berjumlah RM5 juta.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Melaka 2021 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, sebentar tadi.

Views:

421
Kongsi :
Previous post COVID-19: KM, Exco setuju potong gaji
Next post Kadar pengangguran Melaka meningkat
Ubah saiz-+=