‘KOLAM’ SERIKAN BANGUNAN MBMB SEMPENA DEEPAVALI

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 30 Oktober – Menjelang perayaan Deepavali, banyak lokasi terutamanya di pusat beli-belah diceriakan dengan hiasan ‘kolam’ yang sinonim dengan masyarakat India.

Inisiatif itu turut dilaksanakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang menceriakan lobi di bangunan pentadbirannya dengan hiasan kolam pelbagai corak geometri, flora dan fauna menggunakan beras.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata kakitangan terlibat mengambil masa dua hari bagi menghasilkan kolam berkenaan agar tampil kemas dan cantik.

“Ini adalah kreativiti ahli majlis dan anggota MBMB sendiri, setiap tahun memang kita akan buat seni kolam sebagai tanda bersama menyambut perayaan Deepavali.

“Kolam kini sudah berevolusi dan dilihat sebagai satu bentuk elemen seni yang mempamerkan budaya masyarakat India. Saiz kolam dihasilkan kali ini adalah 4×4 meter dengan corak flora dan fauna warna-warni,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan gimik perasmian Kolam Sempena Sambutan Deepavali MBMB di Lobi MBMB di sini, semalam

Mengulas lanjut, Shadan berkata pihaknya turut mengadakan Ziarah Kasih Deepavali bagi menyantuni kakitangan bergama Hindu yang kurang bernasib baik.

“Ini merupakan program tahunan bukan sahaja pada Hari Raya Aidilfitri tetapi perayaan Deepavali dan Tahun Baharu Cina (TBC) juga kita cuba raikan.

“Setiap kali ada perayaan kita akan melawat anggota MBMB termasuk mereka sudah bersara namun masih memerlukan selain mengadakan ziarah kasih kepada anggota tidak sihat atau kurang bernasib baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

79
Kongsi :
Previous post MAHLIGAI BAHARU BUAT NORIDAH
Next post PUSPANITA MELAKA JULANG PIALA TOH PUAN ASMAH
Ubah saiz-+=