Sorting by

×

COVID-19: KM, Exco setuju potong gaji

Masa Membaca:42 Saat

AYER KEROH 9 Dis. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali dan barisan Pengerusi Jawatankuasa negeri bersetuju memotong 10 peratus gaji diterima selama setahun bermula tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali berkata, 10 peratus pemotongan dari nilai gaji yang diterima itu akan disalurkan ke Tabung Bencana Negeri Melaka.

Katanya, ia disalurkan bagi membantu golongan terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19 yang menyaksikan ramai individu memperoleh pendapatan yang kurang diikuti kehilangan pekerjaan.

Ujarnya, pemontongan terbabit sebagai tanda prihatin kerajaan negeri bagi menyelami nasib rakyat Melaka dan kesejahteraan rakyat.

“Dari Januari hingga Disember 2021, saya dan barisan Pengerusi Jawatankuasa lain bersepakat dan bersetuju memotong 10 peratus gaji selama setahun demi membantu rakyat yang terkesan dengan wabak itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Rang Undang-Undang Perbekalan (2021) 2020 di Seri Negeri, sebentar tadi.

-Berita lanjut menyusul

Views:

334
Kongsi :
Previous post Melaka bekalkan WiFi percuma
Next post Pelitup muka, ‘hand sanitizer’ percuma kepada pelajar di Melaka
Ubah saiz-+=