
MAYAT WANITA DIPERCAYAI LEMAS DITEMUKAN DI PANTAI TANJUNG BIDARA
ALOR GAJAH 29 Oktober – Mayat seorang wanita, dipercayai mati lemas ditemukan terdampar di tepi Pantai Tanjung Bidara oleh orang awam, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata mangsa berusia 40 tahun, dikenal pasti sebagai Maszura Mahat dari Kampung Londang, Masjid Tanah di sini, ditemukan pada kira-kira 7.25 pagi tadi.
“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan meniarap dan berpakaian renang, sementara beberapa barangan peribadi mangsa seperti seperti selipar, ‘sweater’ dan kunci chalet dijumpai di atas tambak batu pantai.
“Semakan di chalet berhampiran mendapati mangsa baharu sahaja daftar pada dua hari lepas dan menginap selama dua hari seorang diri di chalet berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata menurut ahli keluarga mangsa, wanita berkenaan sering melancong seorang diri dan pemeriksaan ke atas tubuh mangsa juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah, dan tiada barangan peribadinya yang dilaporkan hilang.
Mayat dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...