Sorting by

×

Bayi 9 Disember dapat RM150

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 9 Dis. – Bayi yang lahir di Melaka hari ini (9 Disember) bakal menerima penghargaan istimewa daripada Kerajaan Negeri Melaka.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali ketika membacakan pembentangan Belanjawan Negeri Melaka 2021 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, sebentar tadi.

Menurutnya, pemberian khas itu diberikan dalam bentuk pembiayaan khas berjumlah RM150 yang akan disalurkan melalui akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

“Kepada ibu-ibu yang melahirkan bayi comel pada hari ini, bermula dari jam 12.00 tengah malam tadi sampai pukul 11.59 tengah malam ini di Negeri Melaka, anak anda memang bertuah, kerana dipilih untuk menerima pemberian khas daripada Kerajaan Melaka berjumlah RM150.

“Yang lahir hari ini sahaja dapat RM150. Kita akan salurkan melalui pembukaan Akaun SSPN-i,” katanya dalam pembentangan tersebut.

Selain itu, beliau turut memberi bayangan bayi-bayi yang dilahirkan pada hari lain akan turut menerima penghargaan namun, ia akan diumumkan sebentar lagi.

Views:

318
Kongsi :
Previous post Melaka tak iktiraf UEC
Next post Pusat rekreasi Pantai Puteri dibangunkan tahun depan
Ubah saiz-+=