TMM2024 MERIAH HINGGA HUJUNG TAHUN

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDA HILIR 28 Oktober – Meskipun berbaki kira-kira dua bulan sahaja lagi, Kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) akan terus diperkasa dan dimeriahkan dengan penganjuran pelbagai acara serta program menarik sehingga hujung tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, berikutan itu Kerajaan Negeri akan melaksanakan beberapa penambahbaikan untuk memastikan TMM2024 terus menggamit pengunjung dan pelancong hingga 31 Disember nanti.

Ab Rauf berkata, sejak dilancarkan hingga September lalu, TMM2024 berjaya menggamit seramai 11.8 juta pengunjung dan pelancong ke negeri ini, sekali gus menunjukkan usaha mempomosikan Melaka ke mata dunia membuahkan hasil yang amat positif.

“Kebanjiran pengunjung dan pelancong ke Melaka, antara lain disumbangkan oleh pelbagai acara serta program menarik yang disusun sepanjang 2024.

“Namun kita akan terus memperkasakan TMM2024, kempen ini akan disuntik dengan lebih banyak lagi acara dan program menarik agar Melaka terus menjadi destinasi percutian pilihan ramai,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Deepavali 2024 Peringkat Negeri Melaka, di Padang Nyiru, semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad;
Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Menurut Ab Rauf, Kerajaan Negeri sebelum ini menyasarkan antara 15 hingga 18.7 juta pelancong dan pengunjung ke Melaka sepanjang TMM2024.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

78
Kongsi :
Previous post PRAKARSA PERKASA EKONOMI MELAKA – KM
Next post PERHALUSI PERUNTUKAN UNTUK MELAKA
Ubah saiz-+=