KAMPUNG BALIK BATU, KAMPUNG ANGKAT MAIWP

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

TANJUNG BIDARA 26 Oktober – Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah dipilih sebagai kampung angkat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Inisiatif Satu Pemimpin Satu Kampung Santuni Madani.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif dilaksanakan merupakan penanda aras terbaik bagi mempertingkat capaian kemudahan asas secara holistik untuk dinikmati oleh rakyat melalui pendekatan ‘Whole Of Government’.

Jelas  Ketua Menteri, antara objektif inisiatif itu adalah untuk melestarikan rakyat dan melihat bagaimana sistem Penyampaian atau pelaksanaan sesuatu dasar dirangka Kerajaan MADANI memberikan manfaat serta sampai kepada rakyat.

“Saya difahamkan, fokus utama yang bakal dimanfaatkan kepada penduduk di sini adalah gerak kerja bagi program-program pembasmian kemiskinan, mengurangkan keciciran pendidikan dan meningkatkan kemudahan kesihatan kepada para penduduk.

“Program seumpama ini diharap dapat dijalankan di kampung-kampung seluruh Melaka kerana ia bukan sahaja dapat mengeratkan kerjasama dalam kalangan pemimpin kerajaan dan rakyat, malah ia menjadi batu loncatan untuk Kampung Balik Batu meningkatkan taraf sosioekonomi yang dinamik serta kesihatan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Satu Pemimpin Satu Kampung Santuni Madani di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar; Pengerusi MAIWP, Syed Kamarul zaman Syed Kabeer; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahaya serta Timbalan  Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Datuk Rosli Abdullah.

Selain itu Ab Rauf, turut mengalu-alukan kehadiran Mohd Nizam yang pulang untuk menabur bakti di tempat asal kelahirannya di Kampung Balik Batu.

Pada Majlis sama Ketua Menteri turut menyaksikan penyerahan sumbangan daripada MAIWP kepada asnaf, Masjid dan Sekolah yang secara keseluruhan berjumlah RM101,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

118
Kongsi :
Previous post ANGKAT FESTIVAL SENI SELAT MELAKA JADI ACARA TAHUNAN
Next post FESTIVAL SUNGAI MELAKA GAMIT JUTAAN PENGUNJUNG SEJAK 2012
Ubah saiz-+=