Sorting by

×

ANGKAT FESTIVAL SENI SELAT MELAKA JADI ACARA TAHUNAN

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

BANDARAYA MELAKA 26 Oktober – Festival Seni Selat Melaka yang menonjolkan elemen pelancongan budaya wajar dijadikan sebagai acara tahunan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia kerana festival berkenaan menjadi salah satu daripada ‘signature events’ untuk Negeri Melaka yang kaya dengan warisan budaya dan sejarah.

Menurut Ab Rauf, Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan dan sedia bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sekiranya festival itu dijadikan sebahagian daripada acara pelancongan Negeri Melaka pada setiap tahun.

“Pada tahun ini, Festival Seni Selat Melaka menghimpunkan 11 acara meliputi pelbagai cabang iaitu keilmuan, gaya hidup sihat, pencungkilan bakat-bakat muda dan terapi seni.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka saya merakamkan ribuan terima kasih kepada MOTAC bersama agensinya Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) kerana sentiasa menyokong usaha memartabatkan industri pelancongan negeri dengan menyalurkan dana melalui Geran Sokongan Kebudayaan (GSSK).

“Selain itu, MOTAC dan JKKN juga membina jaringan kerjasama antara kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seni budaya, komuniti dan karyawan dalam melaksanakan acara yang berteras seni dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Gala dan Perasmian International Cultural & Arts Festival @Sungai Melaka 2024 (ICAF 2024) di Dataran Pengkalan Rama Pantai, di sini, malam tadi.

Perasmian majlis itu telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan negeri serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

161
Kongsi :
Previous post JUMLAH PELANCONG KE MELAKA MELONJAK KEPADA 11.25 JUTA
Next post KAMPUNG BALIK BATU, KAMPUNG ANGKAT MAIWP
Ubah saiz-+=