KAYAK SPRINT RANCAKKAN TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

BANDARAYA MELAKA 26 Oktober – Lebih 100 peserta dalam dan luar Melaka menyertai Pertandingan Kayak Sprint sempena International Cultural & Arts Festival (ICAF) @Sungai Melaka di Dataran Pengkalan Rama di sini hari ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata pertandingan kayak tersebut merupakan salah satu acara yang diadakan bagi memeriahkan sambutan Tahun Melawat Melaka (TMM2024).

Jelas beliau, pertandingan itu merupakan salah satu daripada 96 acara yang telah dijadualkan sepanjang TMM2024 dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri.

Tambahnya lagi, pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Terbuka dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang mempertandingkan acara Regu Lelaki; Regu Wanita dan Regu Campuran.

“Antara penyertaan yang diterima adalah dari Negeri Pahang, Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Sabah, Sarawak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain dari Melaka sendiri.

“Manakala penyertaan IPT, kita menerima penyertaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan Akademi Laut Malaysia (ALAM),” katanya selepas menyempurnakan penyampaian hadiah kepada peserta Pertandingan Kayak Sprint, di sini, hari ini.

Whatsapp Image 2024 10 26 At 16.20.19
ABDUL Razak menyaksikan pertandingan Kayak Sprint di Sungai Melaka.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Khairunnisa Ibno Masooda dan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Melaka Ezlina Elias.

Dalam pada itu, Khairunnisa memaklumkan pertandingan itu merupakan antara pengisian Festival Sungai Melaka yang dikembalikan semula selepas empat tahun dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM13,200.

“Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai beserta medal yang mana juara akan membawa pulang wang tunai RM1,000; tempat kedua RM700 dan tempat ketiga RM500.

“Selain itu, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti basikal dan barangan elektrik.

“Menerusi penganjuran ini kita harapkan lebih ramai pengunjung akan datang ke Melaka sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada negeri ini,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

201
Kongsi :
Previous post 3,000 BANJIRI KARNIVAL SEJAHTERAKAN BANDARAYAKU DUN AYER MOLEK
Next post PLKN 3.0 DILAKSANA BERMULA JANUARI 2025
Ubah saiz-+=