SEMAI RASA CINTA PADA RASULULLAH SAW

Masa Membaca:53 Saat

DUYONG 25 Oktober – Ceramah Maulidur Rasul bertajuk ‘Ya Rasulullah, Semoga Cintaku Ini Adalah Benar’ mencuri perhatian lebih 300 jemaah yang hadir di Masjid Al-Abrar, Semabok, di sini, malam tadi.

Ceramah itu disampaikan pendakwah terkenal Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali dengan pengisian seperti mengenali rasul junjungan Nabi Muhammad SAW serta cara menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

Majlis ilmu itu merupakan anjuran Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bersama jawatankuasa Masjid Al-Abrar bersempena sambutan Maulidur Rasul 1446H / 2024M.

Ia turut dihadiri Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan Pengerusi PENDIKA Amir Mamat.

Whatsapp Image 2024 10 24 At 22.59.32
USTAZ Zul Ramli menyampaikan ceramah bertajuk ‘Ya Rasulullah, Semoga Cintaku Ini Adalah Benar’.

Terdahulu, umat Islam yang hadir menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum ceramah dimulakan dan berlangsung selama lebih satu jam.

Selepas itu diadakan penyampaian cenderahati dan majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah serta jamuan kepada jemaah yang hadir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

65
Kongsi :
Previous post MINGGU SAINS MELAKA SERLAH KREATIVITI, INOVASI
Next post KAUNSELOR UiTM MELAKA GIAT JALANKAN PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL
Ubah saiz-+=