Sorting by

×

AMCA DAN SOMCA TUMPU TIGA AGENDA UTAMA, TINGKAT KERJASAMA BUDAYA

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 Oktober – Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan dan Kesenian ASEAN (AMCA) ke-11 memberi tumpuan kepada tiga agenda utama dalam meningkatkan kerjasama budaya dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata AMCA yang berlangsung bersama Mesyuarat Pegawai Kanan Kebudayaan dan Kesenian ASEAN (SOMCA) ke-20, mengariskan antara agenda utama tersebut adalah menetapkan hala tuju strategik kerjasama budaya.

Agenda kedua katanya membabitkan perkembangan terbaharu mengenai program budaya yang sedang berlangsung.

“Seterusnya adalah perbincangan mengenai cadangan penubuhan Pasukan Kerja Khas peringkat tertinggi bagi Pelan Strategik ASEAN untuk Pasca 2025 Kebudayaan dan Kesenian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala AMCA ke-11 dan Festival Of Arts (AFA) 2024 di Dataran Pengkalan Rama di sini malam tadi.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Yang turut hadir adalah Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco dan Timbalan Exco serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, Melaka amat berbesar hati dapat menyatukan negara-negara anggota ASEAN dan rakan dialog, termasuk Republik Rakyat China, Jepun, dan Korea Selatan untuk mengukuhkan hubungan budaya serta kerjasama seni serantau.

Ab Rauf turut memaklumkan, Melaka juga telah dipilih sebagai Bandar Budaya ASEAN 2024-2026 dan amat bertepatan dengan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

“Saya percaya apabila kita menjadi ‘tuan rumah’ mesyuarat AMCA, ia akan membawa banyak manfaat, termasuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam komuniti ASEAN seterusnya menggalakkan kerjasama serantau dalam bidang kebudayaan,kesenian, serta mempamerkan kepelbagaian budaya yang kita ada.

“Pemilihan Melaka sebagai bandar tuan rumah adalah selaras dengan inisiatif ‘TMM2024 serta mampu perluaskan peluang untuk mempromosikan Malaysia, khususnya Melaka sebagai destinasi pelancongan budaya yang dinamik dan kompeten,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

267
Kongsi :
Previous post PERARAKAN BOT PEMBUKA TIRAI MALAM GALA AFA
Next post KKDW LULUS PEMBINAAN JALAN BAHARU AYER MOLEK-KUALA LINGGI
Ubah saiz-+=