‘DEMAM’ HOTWHEELS DI DATARAN KERIS

Masa Membaca:57 Saat

ALOR GAJAH 24 Oktober – Alor Gajah ‘Hotwheels Race’ bakal menghimpunkan seramai 200 pengumpul dan peminat kereta mainan miniatur itu di Dataran Keris, Alor Gajah pada Sabtu ini.

Acara julung kali diadakan itu adalah bersempena pelaksanaan Car Free Zone @ Alor Gajah 2024 yang turut menyajikan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik khusus untuk pengunjung yang hadir.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, penganjuran aktiviti itu diatur khusus buat pengumpul dan peminat kereta miniatur ‘hotwheels’.

“Penganjuran ini menjadi medan buat peminat ‘hotwheels’ berkongsi minat dan pengalaman dalam kalangan mereka. Turut diatur adalah aktiviti jualan, pertukaran koleksi, pameran model dan aktiviti lain yang berkaitan dengan ‘hotwheels’.

“Pengunjung boleh melihat koleksi unik, berinteraksi dengan pengumpul kereta mainan ini dan boleh mendapatkan kereta ‘hotwheels’ yang ‘rare’ atau sukar ditemui.

“Kita jangka lebih 1,000 pengunjung akan membanjiri Dataran Keris Sabtu ini kerana penggemar kereta mainan ini bukan sahaja dalam kalangan orang Melaka, tetapi negeri-negeri lain juga,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut beliau pada program sama turut diadakan sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2024 Peringkat MPAG.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

160
Kongsi :
Previous post TUJUH KAWASAN DI SEMENANJUNG ALAMI CUACA PANAS SEKURANG-KURANGNYA TIGA HARI
Next post PESARA BOMBA DIPENJARA ENAM BULAN, DENDA RM4,500 AJAR ANAK AJARAN SALAH
Ubah saiz-+=