
TINGKAT KEFAHAMAN WARGA MPJ MENGENAI SSPA
JASIN 23 Oktober – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengambil inisiatif memberi penerangan dan kefahaman tentang Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) melibatkan 200 kakitangannya.
Yang Dipertua MPJ, Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, sesi penerangan dilaksanakan meliputi aspek pelarasan gaji dan kemudahan yang telah ditambah baik.
“Sesi taklimat ini diadakan secara berperingkat melibatkan semua jabatan dan unit di MPJ bagi memberi penerangan berhubung pelaksanaan SSPA.
“SSPA adalah inisiatif diperkenalkan kerajaan untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam serta pelaksanaan pembaharuan reformasi Perkhidmatan Awam 2024-2030,” katanya.
Taklimat berkenaan telah disampaikan Penolong Pegawai Tadbir MPJ, Mohd Zulfakar Abd Mutalib dalam sesi taklimat berlangsung di Vista Alamanda MPJ, pada Isnin.
Pada majlis sama turut berlangsung sesi penyerahan dan menandatangani Borang Opsyen SSPA melibatkan semua warga MPJ.
Menurut Mohd Shaiful, borang berkenaan digunakan oleh penjawat awam untuk membuat pilihan mereka berkenaan dengan pelaksanaan sistem saraan baharu.
“Penjawat awam perlu menyatakan pilihan mereka sama ada untuk menerima sistem saraan baharu atau kekal dalam sistem saraan lama,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...