MELAKA BAKAL PECAH REKOD KAPAL TERBANG KERTAS

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

REMBIA 22 Oktober – Penganjuran Kejohanan Science Paper Plane Peringkat Negeri Melaka 2024 bakal memecahkan rekod Malaysia Book of Records (MBOR) jika mampu capai jumlah penyertaan tertinggi atau jarak penerbangan paling jauh melebihi 36.8 meter atau masa penerbangan melebihi 15 saat.

Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka, Prof. Datuk Dr. Mohd Rasdi Zaini berkata, pertandingan itu berlangsung selama tiga hari dan dibahagikan kepada 12 kategori melibatkan pelajar daripada sekolah rendah, menengah, serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

“Kami sudah membuat persiapan rapi, di antaranya melibatkan keselamatan pengunjung, kemudahan fasiliti, penyediaan venue dan lebih penting, kami mempunyai tugas bagi mencatat MBOR untuk Kejohanan Science Paper Plane Peringkat Negeri Melaka 2024 Sempena Minggu Sains Negara (MSN).

“Pertandingan ini memberikan pendedahan yang amat berguna kepada para pelajar untuk memahami konsep-konsep sains dan teknologi secara praktikal,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kejohanan Science Paper Plane Peringkat Negeri Melaka 2024 Sempena MSN yang disempurnakan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan di Dewan Taming Sari UiTM Alor Gajah, di sini, semalam.

Whatsapp Image 2024 10 21 At 17.27.00
PROF. DR. MOHD RASDI

Jelas beliau, pihak UiTM amat berbesar hati kerana diberi ruang oleh Kerajaan Melaka untuk menganjurkan Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2024 Peringkat Negeri Melaka.

“UiTM berbesar hati diberi peluang untuk bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Melaka bagi menganjurkan MSN 2024 Peringkat Negeri Melaka.

“Namun begitu, kami perlu menunggu 29 Oktober nanti bagi mengetahui keputusan sama ada rekod MBOR dapat dipecahkan atau tidak tetapi kami akan usahakan sehabis mungkin bagi menjayakan matlamat dalam usaha mengharumkan nama Melaka,” ujarnya.

Karnival MSN 2024 Peringkat Negeri Melaka akan berlangsung pada 28 hingga 29 Oktober ini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

99
Kongsi :
Previous post DEEPAVALI: 75 MURID DAPAT SUMBANGAN BAJU RAYA
Next post MELAKA PERLUAS JELAJAH USAHAWAN DI SETIAP PARLIMEN
Ubah saiz-+=