
‘PINTASAN SALOMA’ MELAKA SIAP DISEMBER DEPAN
BANDA HILIR 21 Oktober – Jejantas Melaka Sentral bakal berwajah baharu dengan ciri-ciri seakan ‘Pintasan Saloma’ tidak lama lagi.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, projek tersebut kini dalam pembinaan dan dijangka siap pada Disember depan.
Menurutnya, tarikan baharu di hadapan Terminal Melaka Sentral itu bakal menggabungkan laluan untuk pejalan kaki dan pengayuh basikal, sekali gus menjadi satu lagi mercu ikonik untuk Negeri Melaka.
“Melaka akan menambah satu lagi produk tarikan baharu iaitu jejantas Melaka Sentral diberikan nafas baharu dengan berkonsepkan seakan Pintasan Saloma.
“Kita akan menambah baik lokasi sekitar kawasan terminal terbabit dengan penambahan keceriaan, pencahayaan serta kebersihan dan ia akan menjadi lebih menarik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Melaka Citra Floria Hair Show 2024, di sini, baru-baru ini.
Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan jejantas Melaka Sentral akan berubah wajah dengan mengambil rujukan jambatan terkenal di Kuala Lumpur.
Rekaan jambatan itu akan berkonsepkan warisan seni bina Istana Melaka bagi menghormati kemegahan dan elegan seni bina itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...