
HARIMAU KUMBANG DISYAKI BAHAM KAMBING DI ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 20 Oktober – Seorang penternak mengalami kerugian ribuan ringgit selepas enam ekor kambing ternakannya ditemui mati dengan kesan gigitan, dalam kejadian di Bukit Tampoi, Alor Gajah, petang semalam.
Penternak berusia 34 tahun itu mengesyaki kambing-kambingnya telah dibaham haiwan liar dipercayai harimau kumbang.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Menurutnya, siasatan awal mendapati ketika pengadu tiba di kandangnya didapati lima ekor kambingnya telah mati di dalam kandang, manakala seekor lagi ditemui dalam jarak 200 meter dari kandangnya.
“Pengadu mengatakan ia adalah kejadian kali pertama berlaku dan mengesyaki ia dilakukan oleh haiwan liar dipercayai harimau kumbang.
“Pengadu merupakan seorang penternak sepenuh masa sejak 2022 dan jumlah ternakannya ada sebanyak 13 ekor,” katanya.
Beliau memaklumkan kes tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan selanjutnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...