MBMB TERBUKA JALIN KERJASAMA DUA HALA DENGAN IPT

Masa Membaca:58 Saat

BANDA HILIR 20 Oktober – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT).

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, kerjasama itu perlu berteraskan dua hala dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Jelasnya, program Melaka Citra Floria Hair Show 2024 yang dianjurkan bersama Kolej Komuniti Kota Melaka dengan MBMB merupakan jalinan kerjasama julung kali diadakan bertujuan mempromosikan sektor pelancongan di Melaka.

“Selain itu, program ini turut meraikan hasil usaha pelajar Kolej Komuniti Kota Melaka dalam memperagakan seni dandanan rambut mereka.

“Program ini turut dijadikan platform merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Pada masa akan datang, kita menggalakkan lebih banyak IPT sama ada swasta atau awam untuk bekerjasama dengan MBMB,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Melaka Citra Floria Hair Show 2024 di perkarangan Bangunan Stadthuys, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Zon Melaka dan Negeri Sembilan POLYCC Hassan Mohd Sharif dan Pengarah Kolej Komuniti Kota Melaka Noorazizah Abu serta kenamaan lain.

Lebih menarik lagi, program tersebut turut diserikan dengan persembahan nyanyian Raja Ema yang mencuri tumpuan pengunjung yang hadir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

225
Kongsi :
Previous post 5 MOTOSIKAL BERGESEL ELAK LOPAK AIR, SEORANG MAUT
Next post HARIMAU KUMBANG DISYAKI BAHAM KAMBING DI ALOR GAJAH
Ubah saiz-+=