KANCIL TERBAKAR, LELAKI MELECUR DI JARI

Masa Membaca:49 Saat

PENGKALAN BATU 19 Oktober – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta Perodua Kancil dipandunya tiba-tiba mengalami kebakaran di Persimpangan Lampu Isyarat Melaka Sentral, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, pemandu kereta itu bagaimanapun selamat dan hanya melecur di jari.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Mazlan Misran memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.32 pagi dan menggerakkan lapan anggota ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, didapati kereta berkenaan dianggarkan terbakar enam peratus dan kerja-kerja pemadaman api telah dilakukan.

“Pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 20-an melecur di bahagian jari dengan tahap kecederaan satu peratus dan telah diberi rawatan oleh anggota Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) bomba.

“Selepas kebakaran berjaya dipadamkan dan dipastikan tiada risiko kebakaran berulang di lokasi, anggota terlibat pulang semula ke balai,” katanya.

Beliau memaklumkan operasi tamat pada jam 11.57 pagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

128
Kongsi :
Previous post BANTUAN KEBAJIKAN, PROGRAM INKLUSIF TUMPUAN BELANJAWAN MELAKA 2025
Next post KEMALANGAN MAUT LIBAT PENUNGGANG MOTOSIKAL DI MELAKA MENINGKAT
Ubah saiz-+=