SELANGOR JULANG PIALA AGONG

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

BANDARAYA MELAKA 19 Oktober – Pasukan Piala Emas Raja-Raja (PERR) Selangor mempertahankan gelaran juara Piala Agong selepas menewaskan Pahang 3-0.

Beraksi di Stadium Hang Tuah, Selangor yang juga juara bertahan Piala Agong tahun lalu, mendominasi aksi sejak awal permainan dan berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-8 hasil jaringan Muhammad Faris Hafiz.

Pasukan Pahang cuba untuk melakukan serangan balas, namun jentera tengah dan pertahanan Selangor tenang menguasai tempo permainan.

Masuk separuh masa kedua, pasukan Selangor cemerlang memperkemas corak permainan dan Muhammad Danish Asraf berjaya melebarkan jaringan pada minit ke-63 menerusi sepakan percuma.

Berbaki tiga minit masa sebenar perlawanan, Selangor menambah derita Pahang apabila Iqbal Hazim menjaringkan gol ketiga.

Pasukan Pahang cuba memperkemas kembali momentum permainan pada minit-minit akhir, namun serangan demi serangan gagal menembusi gawang gol Selangor hingga wisel penamat dibunyikan.

Hadiah kemenangan disampaikan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) merangkap Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd. Firdaus Mohamed.

Selangor membawa pulang trofi, medal dan hadiah kemenangan RM10,000 manakala Pahang meraih RM5,000.

Img 20241018 Wa0010
MOHD Ali ketika diperkenalkan dengan pemain Pahang sambil diiringi oleh Mohd. Firdaus.

Sebelum itu, Mohd Ali menyempurnakan Pelancaran Piala Agong dan Piala Emas Raja-Raja Edisi Ke-102.

Sebanyak 16 pasukan bakal menghangatkan PERR 2024 dengan Kumpulan A dibarisi pasukan Melaka, Kuala Lumpur, Perak dan Perlis sementara Kumpulan B membabitkan Selangor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.

Bagi Kumpulan C pula, menyaksikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bersaing sesama sendiri, manakala Pahang, Bomba, Kelantan dan Pulau Pinang dalam Kumpulan D.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

85
Kongsi :
Previous post POLIS JASIN POTONG BEKALAN ELEKTRIK DI LIMA PREMIS JUDI HARAM
Next post ROHINGYA DI LIMBONGAN KENA GEMPUR
Ubah saiz-+=