SUKARELAWAN SATRIA BERSIHKAN RUMAH MANGSA BANJIR

Masa Membaca:52 Saat

AYER MOLEK 18 Oktober – Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Melaka turun padang bagi membantu membersihkan enam rumah terjejas akibat banjir di Kampung Paya Redan, di sini, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka, Mohamad Mazlan Anis berkata, kerja-kerja pembersihan rumah mangsa terlibat bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu melibakan seramai 60 sukarelawan.

“Terima kasih kepada semua sukarelawan SATRIA kita yang terlibat kerana sudi membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir ini.

“Saya harap usaha dan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sekiranya bencana banjir ini berlaku lagi,” katanya.

Kerja-kerja pembersihan itu melibatkan sukarelawan dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Kolej Vokasional Melaka Tengah, Kelab Rakan Muda Tangga Batu, JBS Negeri Melaka, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah serta Pejabat Parlimen Hang Tuah Jaya.

Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Norazlin Sarun serta wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) JPKK Kampung Paya Redan dan Pejabat Parlimen Hang Tuah Jaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

142
Kongsi :
Previous post KETUA MENTERI SUMBANG ‘CHAINSAW’ UNTUK SEMUA BALAI BOMBA MELAKA
Next post BELANJAWAN 2025: PROJEK LEBUH RAYA WCE BANTING KE GELANG PATAH DIBERI KEUTAMAAN
Ubah saiz-+=