BOMBA MELAKA BANTU LATIH PARAMEDIK KOMUNITI

Masa Membaca:57 Saat

MASJID TANAH 18 Oktober – Inisiatif Paramedik Komuniti yang diwujudkan Kerajaan Negeri bakal mendapat suntikan semangat dan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setiap lokaliti atau balai bomba yang terdapat di negeri ini boleh memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan Paramedik Komuniti.

Jelas beliau, antara bentuk bantuan yang boleh diberikan JBPM Melaka adalah latihan secara berkala setiap tiga bulan kepada sukarelawan Paramedik Komuniti di negeri ini.

“Saya melihat peranan bomba dan Paramedik Komuniti ini amat besar kerana mereka dapat membantu memberikan bantuan awal sekiranya berlaku kes-kes kecemasan.

“Inisiatif ini adalah ilham Kerajaan Negeri dalam memastikan aspek kesihatan dan kesejahteraan rakyat diutamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Lawatan Kerja YAB Ketua Menteri Ke Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JBPM Negeri Melaka Pesuruhjaya Bomba, Mohd Pisar Aziz dan lain-lain kenamaan.

Menurut Ab Rauf, selain bomba, Paramedik Komuniti Melaka juga akan dibantu Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

62
Kongsi :
Previous post DANA KHAS BANTU BELIA BERKEMBANG
Next post KETUA MENTERI SUMBANG ‘CHAINSAW’ UNTUK SEMUA BALAI BOMBA MELAKA
Ubah saiz-+=