DANA KHAS BANTU BELIA BERKEMBANG

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

AYER KEROH 18 Oktober – Golongan belia di Negeri Melaka tidak pernah tercicir daripada mendapat manfaat menerusi bajet yang diperuntukkan kerajaan saban tahun.

Menjelang pembentangan bajet 2025 khusus untuk Negeri Melaka, rata-rata belia di negeri ini mahukan perkara seperti peluang pekerjaan, sukan, pendidikan tinggi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kos sara hidup diberikan penekanan.

Img 20241018 092813 130
MUHAMMAD Shafiq.

Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Muhammad Shafiq Ab Majid, 32, berpandangan bajet 2025 Negeri Melaka yang akan dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sudah pasti akan komprehensif dan menyeluruh.

“Kerajaan Negeri perlu menyalurkan dana khas bagi pertubuhan belia untuk melaksanakan program transisi menghadapi perubahan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 yang akan menurunkan had umur belia dari 15-40 tahun kepada 15-30 tahun bermula 2026,” katanya.

Img 20241018 092818 755
KUHAN.

Dalam pada itu, Penolong Setiausaha MGBM, M Khan, 31, berhasrat untuk Kerajaan Negeri membuka peluang kepada beliai ndia untuk diserap atau berkhidmat dalam sektor kerajaan.

Selain itu, Kuhan bercadang Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan khas RM5,000 kepada setiap persatuan belia dengan pendaftaran lengkap.

“RM5,000 itu sebagai dana pemula untuk persatuan melaksanakan pelbagai program, kerana di Melaka ini terdapat banyak persatuan belia. Namun program sukar dilaksana kerana kekangan dana, jadi dengan bantuan daripada Kerajaan Negeri sedikit sebanyak mampu menghidupkan persatuan belia ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20241018 092821 060
MUHAMAD Solihin.

Exco MGBM, Muhamad Solihin Mohamat Shati, 25, berpandangan peluang pekerjaan yang lebih banyak dan melahirkan belia berkemahiran dalam TVET sangat penting.

“Sekarang ini TVET mempunyai kepelbagaian kumpulan yang disantuni seperti di peringkat pengajian tinggi. TVET juga mempunyai dana khas namun ramai golongan belia yang tidak tahu cara dan kaedah untuk memohon, jadi saya harap Kerajaan Negeri dapat mewujudkan satu medan untuk golongan sasar ini.

“Selain itu, diharapkan Kerajaan Negeri juga dapat mewujudkan program latihan ke arah peralihan ekonomi digital kepada belia luar bandar, seterusnya memberi dana khas untuk lahirkan lebih ramai tekno-usahawan dalam kalangan belia,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

83
Kongsi :
Previous post PM ANWAR BENTANG BELANJAWAN 2025 PETANG INI
Next post BOMBA MELAKA BANTU LATIH PARAMEDIK KOMUNITI
Ubah saiz-+=