SEMABOK PERDANA FC JUARA PIALA YB HELMY

Masa Membaca:59 Saat

DUYONG 18 Oktober – Semabok Perdana FC mengenepikan lapan lagi pasukan lain dan merebut gelaran juara Liga Bola Sepak #Duyongkita Piala YB Helmy.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, selain piala pasukan Sembok Perdana FC turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500 dan medal.

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, liga itu berlangsung selama sebulan bermula 1 September lalu dengan Padang Bola Sepak Taman Seri Duyong, menjadi venue utama utama.

“Perlawanan diadakan menerusi dua sesi iaitu jam 8 pagi dan 4 petang berlangsung pada Ahad setiap minggu, secara keseluruhan 135 belia sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong mengambil bahagian.

“Sebagai Adun kawasan, harapan saya adalah agar penganjuran liga ini menjadi medan penyatuan dalam kalangan belia di DUN Duyong,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu naib johan pertandingan milik Duyong Legacy yang membawa pulang wang tunai RM1,000 dan medal, diikuti tempat ketiga iaitu Duyong Citizen membawa pulang wang tunai RM800 berserta medal.

Manakala tempat keempat dimenangi oleh pasukan mewakili Belia Kota Melaka membawa pulang wang tunai RM500 dan medal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

57
Kongsi :
Previous post PRR PERTAMA DI MELAKA SEDIA UNIT KHAS UNTUK OKU
Next post RM400,000 LAKSANA PELAN JANGKA PENDEK, ATASI BANJIR DI TAMAN MASJID TANAH RIA
Ubah saiz-+=