TIGA STESEN MINYAK TERIMA ANUGERAH TANDAS LIMA BINTANG

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 17 Oktober – Tiga stesen minyak dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima Anugerah Tandas Lima Bintang bagi kategori Tandas Stesen Minyak.

Anugerah itu disampaikan oleh Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman kepada pengusaha stesen minyak Petron Semabok, Petronas Semabok Perdana dan Shell Jalan Munshi Abdullah.

Whatsapp Image 2024 10 17 At 11.11.37 Am (1)
SHADAN menunjukkan anugerah lima bintang ditampal pada dinding tandas.

Menurut Shadan, anugerah disampaikan adalah sebagai tanda penghargaan kepada operator stesen minyak berkenaan atas kerjasama dan komitmen mereka dalam memastikan tahap kebersihan tandas premis masing-masing sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

“Aspek keceriaan di ketiga-tiga stesen minyak ini juga amat baik, hiasan dalaman menjadikan suasana tandas lebih selesa dan nyaman. Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga operator stesen minyak ini.

“Saya berharap usaha dilaksanakan menjadi contoh kepada operator lain, bersama-sama kita memastikan kemudahan tandas dalam kawasan pentadbiran MBMB sentiasa dalam keadaan terbaik demi keselesaan orang ramai,” katanya.

Hadir sama pada majlis penyampaian anugerah itu adalah Pengarah Landskap & Pengindahan Bandaraya MBMB, Moahzam Asari dan operator-operator stesen minyak terlibat.

Whatsapp Image 2024 10 17 At 11.11.37 Am (2)
SHADAN berpuas hati dengan tahap kebersihan tandas di salah sebuah stesen minyak menerima anugerah berkenaan.

Terdahulu anugerah berkenaan diserahkan kepada ketiga-tiga operator stesen minyak oleh Shadan pada Sesi Serahan Sijil Tandas 5 Bintang yang diadakan petang semalam.

SHADAN menyerahkan anugerah Tandas Lima Bintang bagi kategori tandas stesen minyak kepada operator stesen terlibat.

minyak bersih 2- SHADAN menunjukkan anugerah lima bintang berkenaan.

minyak bersih 3- SHADAN melihat keadaan tandas stesen minyak selepas menyerahkan anugerah tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1162
Kongsi :
Previous post SUKAN BENTUK DISIPLIN KANAK-KANAK
Next post BEKU CUTI PEGAWAI, ANGGOTA JBPM MELAKA
Ubah saiz-+=