PSH TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

MERLIMAU 16 Oktober – Prihatin terhadap nasib mangsa banjir sekitar Serkam dan Merlimau, kakitangan Putra Specialist Hospital (PSH) Melaka Sdn Bhd, turun padang bagi membantu membersihkan kediaman penduduk yang terjejas.

Inisiatif menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan di Kampung Tersusun dan Taman Serkam Jaya bagi kawasan Serkam, sementara itu sekitar Merlimau pula melibatkan Kampung Kilang Berapi Utara.

Whatsapp Image 2024 10 16 At 2.27.32 Pm
NORSAMSARA (kiri) bersama kakitangan PSH Melaka Sdn Bhd yang terlibat dalam program CSR menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di Kampung Kilang Berapi Utara, Merlimau.

Penolong Pengurus Pentadbiran PSH Melaka, Norshamsara Musa berkata, program CSR tersebut melibatkan seramai 32 kakitangan yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 16 di Kampung Kilang Berapi Utara dan 16 lagi di Taman Serkam Jaya.

“Selain membantu membersihkan kediaman, kami turut menyampaikan sumbangan barangan asas kepada mangsa. Sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka, kami mengambil tanggungjawab untuk turun padang dibawah mandat Ketua Pegawai Eksekutif PSH Melaka, Mohd Zahiruddin Ahmad.

“Program CSR ini melihatkan sembilan kediaman iaitu lima di Serkam dan empat lagi di Merlimau. Kami turut dibantu pihak Medivest Sdn Bhd dan Hijrah KOPI & Kafe,” katanya ketika ditemui pada rogram CSR Membersihkan Rumah Mangsa Banjir di Kampung Kilang Berapi Utara, di sini, hari ini.

Whatsapp Image 2024 10 16 At 2.28.48 Pm
ANTARA rumah mangsa banjir di Kampung Kilang Berapi Utara, Merlimau yang terjejas akibat bencana banjir.

Tambahnya, selaku anak syarikat Kerajaan Negeri, PSH Melaka akan terus melaksanakan program CSR sebagai usaha menyumbang aktiviti kemasyarakatan serta meningkatkan imej organisasi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

199
Kongsi :
Previous post DUA BERANAK PARAH DIHEMPAP POKOK SAWIT
Next post RM4.634 JUTA BAIK PULIH KEMUDAHAN DAN CERUN RUNTUH
Ubah saiz-+=