
LELAKI MAUT TERGELINCIR DARI LORI SAMPAH
JERTIH 16 Oktober – Seorang pemungut sampah maut selepas terjatuh dari lori sampah yang dinaikinya di Jalan Kampung Jabi di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kejadian sekitar 8 pagi itu, mangsa Muhammad Sahrul Aiman Anuar, 20, dikatakan berdiri di belakang lori sampah yang sedang bergerak dari arah Jertih ke Kuala Terengganu untuk melakukan kerja memungut sampah di sekitar Jabi sebelum dia tergelincir dan jatuh di atas bahagian hadapan sebuah kereta Proton Saga.
“Mangsa tergelincir lalu terjatuh atas bahagian depan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang wanita berusia 20 tahun dari arah sama dan berada di belakang lori sampah itu.
“Akibat kejadian berkenaan, mangsa yang beralamat di Kampung Pasir Tawar, Jertih meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Rozak berkata mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat, manakala pemandu Proton Saga yang bekerja sebagai guru Taska itu tidak mengalami kecederaan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...