GTP HANYA 2 KILOMETER DARI LEBUH RAYA

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 15 Oktober – Taman Teknologi Jerman atau German Technology Park hanya terletak dua kilometer dari Lebuhraya Utara Selatan, sekali gus memiliki potensi cukup besar untuk menarik pelabur.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kawasan itu juga bakal menjadi ikon industri baharu di Melaka dengan memberi fokus kepada sektor teknologi tinggi dan inovasi dari Jerman.

Menurut beliau, GTP kini sudah mendapat kelulusan daripada sudut teknikal dan ia bakal disiapkan dalam tempoh 12 bulan dari sekarang.

“Selepas ini, kita akan memulakan lakaran untuk perancangan infrastruktur memandangkan GTP terletak amat hampir dengan Lebuhraya Utara Selatan iaitu dua kilometer dari Plaza Tol Ayer Keroh.

“Disebabkan kedudukannya yang strategik, GTP ini memiliki potensi yang jauh lebih baik daripada kawasan-kawasan lain, di mana kita akan pastikan pelabur di sini mendapat faedah daripada Melaka Industrial Booster (MIB).

“Saya yakin MIB akan memebri kelulusan yang cepat dan tepat untuk memudahkan pelabur masuk ke Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Deutscher Brand Summit 2024 Conference & Exhibition di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Buruh dan Pelancongan Baden-Wurtternberg, Jerman, Dr. Nicole Hoffmeister-Kraut; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco Kerajaan Negeri; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar; barisan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

198
Kongsi :
Previous post MCORP METERAI TIGA PERJANJIAN, STRATEGI RANCAKKAN GTP
Next post BADEN-WÜRTTEMBERG PERKUKUH HUBUNGAN EKONOMI DENGAN MELAKA
Ubah saiz-+=