24 PESERTA MELAKA BERTANDING DI MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 16 Oktober – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Balai Islam menghantar seramai 24 peserta sempena Mahrajan Amal Islami Mualaf 2024 peringkat kebangsaan yang akan bermula esok.

Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Rahmad Mariman berkata, program dwi tahunan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memasuki siri kelima akan berlangsung di Perak, selama lima hari.

“Bagi penganjuran kali ini, kita menghantar kontinjen seramai 38 orang yang terdiri daripada jurulatih, urusetia dan 24 peserta. Pada kejohanan ini sebanyak sembilan acara dipertandingkan antaranya tilawah, hafazan, syarahan dan nasyid bagi kategori dewan.

“Sementara itu kategori sukan pula membabitkan permainan sepak takraw dan badminton beregu lelaki serta wanita,” katanya.

Beliau yang juga Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata, pada kali ini MAIM mengharapkan peserta yang bertanding dapat memberikan persembahan terbaik seperti tahun sebelumnya.

“Pada kejohanan lalu di Terengganu kita mendapat johan bagi hafazan wanita, kategori lelaki naib johan dan untuk tilawah juga naib johan. Jadi untuk 2024 sasaran kita semoga dapat kekalkan pencapaian sebelum ini, namun begitu kita meletakkan harapan untuk tilawah kategori wanita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

133
Kongsi :
Previous post BAWA PELANCONG JERMAN KE MELAKA
Next post ‘REVIEW’ SEMULA TEBATAN BANJIR LENDU
Ubah saiz-+=